Monday 20 November 2017

Sejarah Munculnya D'FreshPicks



ADA APA DENGAN D'FRESHPICKS

"ASALNYA PRODUK DIBUAT HANYA UNTUK KEGUNAAN SENDIRI, AKHIRNYA MENJADI SALAH SATU PUNCA REZEKI UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI “

Kisah kedua-dua suami isteri ini menjadi inspirasi bukan sahaja kepada yang mengenali diri mereka, malah kepada usahawan muda dan suri rumahtangga.

Bermula pada pertengahan Jun 2016, wanita besi ini yang dahulunya lebih mesra dengan panggilan Mama Faiz/ Cery, sekarang membahasakan dirinya sebagai Mommy Noah, mula membuat sendiri produk penjagaan muka untuk dirinya. Sifatnya yang sangat cerewet dalam memilih bahan asas membuatkan produk yang dihasilkannya sangat-sangat berkualiti tinggi. Bahan-bahan yang dipilih bukan calang-calang, semuanya adalah dari gred terbaik, dari sumber natural dan ada juga yang organik dan sudah TENTU selamat. Bukan krim kilo mahupun siam mali.


Jika sesebuah restoran itu sedap, dengan kuasa buah mulut sudah tentu makin ramai pelanggan yang tiba. Samalah seperti produk Mommy Noah ini, mula-mula kawan berhajat untuk mencuba sendiri atas dasar percaya dengan keberkesanan ke atas beliau. Daripada situ, produk Mommy Noah kian diminati ramai sehingga terlahirlah jenama D'FRESHPICKS (nama sebelum ini Freshpicks bycherrynazri) untuk kepuasan para pelanggan dan secara tidak langsung menjadi salah satu sumber rezeki buat pasangan suami isteri ini.


Konsep dan misi D'Freshpicks yg dibangunkan oleh pasangan suami isteri ini adalah untuk membantu semua di luar sana untuk tampil cantik berseri dengan produk MEWAH, semulajadi organik pada harga MAMPU MILIK. Disamping itu, mereka turut membuka peluang niaga produk D'Freshpicks untuk yang memerlukan pendapatan sampingan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana datang ke blog saya, jangan segan untuk utaran pendapat & cadangan.